Senin, 16 Desember 2013

Liga Juara Juara AC Milan Ikat Barcelona 1 1


MILAN – AC Milan berjaya mengikat gergasi Sepanyol, Barcelona 1-1 dalam perlawanan ketiga saingan kumpulan maut Liga Juara-Juara Eropah di San Siro, awal pagi tadi.

Keputusan itu menyaksikan Barcelona mengetuai Kumpulan H dengan tujuh mata manakala Milan di tempat kedua dengan lima mata.

Tempat ketiga pula Celtic dengan tiga mata selepas tewas kepada Ajax 2-1 dalam satu lagi perlawanan pagi tadi.

Milan tersasar untuk memperoleh kemenangan apabila beberapa peluang Robinho gagal menambah jaringan terutama pada separuh masa kedua.

Milan mendahului seawal minit ke-9 menerusi Robinho namun penyerang sensasi Barca, Lionel Messi menyumbat gol pada minit ke-23 untuk menyamakan kedudukan. – AFP

0 komentar:

Posting Komentar

◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2011 Sole Spatu