Senin, 23 Desember 2013

10 Hotel Angker di Dunia

Banyak hotel di dunia yang berdiri sejak puluhan, bahkan ratusan tahun silam. Selain jadi daya tarik bangunan tua, banyak pula kisah misteri yang ditimbulkan. Seperti pernah termuat dalam Dailytelegraph, 10 hotel menyeramkan dipaparkan di bawah ini.

 
1. Dalhousie Castle, Edinburgh, UK
Hantu Lady Catherine dikatakan menghantui Kastil Dalhousie di Edinburgh. Legenda mengatakan bahwa Lady Catherine meninggal karena patah hati. Tamu hotel mengklaim bahwa mereka telah melihat dia berkeliaran di lorong-lorong dan mendengar gemerisik roknya atau goresan dan mengetuk pintu. Staf dan tamu mengatakan mereka telah merasakan perasaan seseorang menekan di bahu mereka atau menarik rambut mereka.

2. Tulloch Castle, Dingwall, UK
Beberapa tamu mengklaim mereka kerap terbangun saat tidur di di Kamar Delapan dengan kondisi hampir tidak bisa bernapas seperti dicekik. Salah seorang tamu berkisah ia merasa kedinginan dan dua gadis sedang duduk di dadanya mencoba untuk mencekiknya. Tamu-tamu lain mengklaim mendengar langkah di kamar Pink dan Aula Besar. Yang lain mengatakan mereka telah mendengar gemeretak gagang pintu dan suara-suara aneh lainnya di malam hari.

 
3. Ballygally Castle Hotel, UK
Bekas benteng pada 1625, hantu Isobella Shaw sering menampakkan diri kepada tamu sebelum menghilang. Menurut legenda setempat, Lord Shaw mengunci Isobella di kamar setelah ia melahirkan putra mereka. Dia meninggal jatuh dari jendela dalam upaya untuk melarikan diri. Legenda mengatakan bahwa Isobella mencari benteng untuk anaknya.

 
4. Bear Hotel, Hampshire, UK
Di hotel yang dibangun pada 1795, tamu melaporkan melihat hantu pembantu rumah tangga yang meninggal dalam Kamar 22. Mereka mengatakan dia duduk di tepi tempat tidur mereka.

 
5. Fairmont Banff Springs, Kanada
Tamu hotel mengklaim bahwa mereka telah melihat pelayan mengenakan seragam lengkap di lantai sembilan. Pria itu adalah hantu mantan bellman Sam Macauley yang meninggal pada 1967. Ia kerap menghilang setelah membantu tamu

 
6. Taipei Grand Hyatt Resort, Taiwan
Hotel yang dibangun di atas bekas penjara politik perang, tamu dan staf hotel melaporkan adanya hantu dari narapidana yang dieksekusi. Hotel ini telah menempatkan sutra China dan gulungan suci di seluruh lobi dalam upaya untuk mengusir hantu.

 
7. Royal George Hotel, UK
Para tamu mengatakan mereka telah melihat seorang gadis muda berjongkok dan menangis di dalam kamar 22. Penduduk setempat mengatakan bahwa hantu itu adalah bahwa seorang anak perempuan yang bunuh diri setelah dipisahkan dari sang kekasih oleh ayahnya.

 
8. Colorado Stanley Hotel, AS
Elisabeth Wilson, pembantu rumah tangga yang meninggal di hotel pada 1911 dilaporkan kerap membantu tamu di Kamar 217. Ia dengan ramah membawakan barang-barang mereka. Tamu-tamu lain melaporkan mendengar suara anak-anak berjalan dan tertawa di lorong di lantai empat.

 
9. Toftaholm Herrgard, Swedia
Para tamu di hotel ini telah melaporkan suara-suara aneh seperti pintu dan jendela ditutup padahal mereka telah membukanya sebelum itu. Warga mengatakan itu adalah ulah seorang anak yang jatuh cinta dengan putri. Pada pagi hari pernikahannya dengan perempuan lain, ia malah menggantung diri di kamar 324.

 
10. Burchianti Hotel, Florence, Italia
Tamu mengklaim telah mendengar anak-anak melompat-lompat menyusuri lorong-lorong dan melihat seorang perempuan merajut di kursi. 
 
 
sumber

‘Saya Bukan Budak Jahat’ – Rashid Sidek


Kuala Lumpur – “Saya mahu lupakan apa yang berlaku dan kini berfikiran positif untuk membantu badminton negara,” kata jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek yang memutuskan untuk kembali bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM), semalam selepas 11 hari menyerahkan surat peletakan jawatan.

Rashid meletakkan jawatan pada 19 September lalu gara-gara tidak berpuas hati dengan perubahan dibuat oleh Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat (TMG) Tan Aik Mong terutama dalam sistem kejurulatihan.

“Saya kembali semula selepas mendapat pandangan daripada pelbagai pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menasihatkan saya kembali semula … Menteri menyuruh saya kembali semula memandangkan tidak ada masalah lagi (di BAM).

Akui kelemahan

“Sepanjang meletakkan jawatan, saya tidak buat apa-apa … Nak kata saya menyesal pun tidak, tetapi saya mengharapkan keadaan masa depan yang lebih bagus,” katanya.

Ditanya sama ada berasa janggal untuk kembali semula menyertai BAM, Rashid berkata: “Kalau saya tidak masuk semula, ada yang kata saya jual mahal. Nanti saya dikatakan budak jahat pula.”

Apa pun, Rashid mengakui kelemahannya yang masih belum dapat melahirkan seorang lagi jaguh bertaraf dunia seperti Lee Chong Wei dan kerana itu dia mengharapkan jurulatih lain bekerjasama sebagai satu pasukan untuk membuahkan keputusan lebih baik.

Terdahulu, BAM mengeluarkan kenyataan memaklumkan Rashid menarik balik surat peletakan jawatan dan menerima secara rasmi jurulatih itu untuk kembali menyambung tugas mulai hari ini. - Berita Harian

Minggu, 22 Desember 2013

Dadah RM462 000 dalam kemaluan

Buenos Aires: Seorang wanita Britain ditangkap bersama-sama dengan kokain bernilai £100,000 (RM462,000) yang disembunyikan dalam kemaluannya ketika hendak berlepas dengan penerbangan ke London.
Jurucakap Kementerian Keselamatan Argentina berkata: “Kokain seberat 850 gram itu dibungkus padat dalam bentuk bergulung seperti sosej.’ Dia ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Ezeiza dan kini ditahan di penjara untuk banduan wanita di Buenos Aires.

Polis menangkap wanita berkenaan ketika dia hendak mendaftar masuk untuk penerbangan ke Britain selepas mengawasi gerak-geri wanita berkenaan beberapa hari sebelum ini.
Polis Argentina kini berusaha untuk mengenal pasti kumpulan yang mengupah wanita itu untuk menyeludup dadah ke Britain.

Menurut jurucakap berkenaan, ini bukan kali pertama pihaknya menangkap wanita membawa dadah dalam kemaluan mereka.

“Harga kokain yang dibawanya mungkin boleh mencecah kira-kira £100,000 (RM462,000) jika dijual secara runcit di Britain. - Daily Mail

Gila!!! – Pengantin Lelaki Ditembak Mati Di Tengah Majlis Kahwinnya

groom-shot-210113-01-450


Kejadian ini dilaporkan berlaku di Daerah Darbhanga, Bihar, India pada Jumaat lalu.
Pengantin itu, Prabir De dipercayai ditembak mati oleh bekas kekasih isterinya yang bernama Rajib.
Tembakan itu dilepaskan ketika majlis menyuap manisan antara pasangan suami isteri berkenaan sedang berlangsung.
Prabir De telah dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia dalam perjalanan.
Groom_shot_dead2462
Rajib berjaya ditangkap dan dibelasah teruk para tetamu yang hadir. Dia juga dilaporkan meninggal dunia tidak beberapa lama selepas itu.
Polis India turut memulakan siasatan ke atas lima penduduk kampung di mana kejadian itu dilaporkan berlaku.
**Malang…dua lelaki mati kerana satu wanita.

Sabtu, 21 Desember 2013

Khaled Nordin akan pujuk geng UMNO yang kecewa

 
  • Malaysiakini Jan 26 2013
 
Ahli Parlimen yang juga Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan mengadakan pertemuan secara "senyap" dengan  pemimpin akar umbi bagi menyelesaikan masalah bilik gerakan yang ditutup dengan alasan kecewa dengan tindakan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

Mohamed Khaled yang juga menteri pengajian tinggi berkata, pertemuan yang akan diadakan pada bila-bila masa itu bagi memujuk ahli Umno yang kecewa dengan Abdul Ghani kerana gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan.

"Saya dah beritahu, saya percaya ini adalah satu kekecewaan yang mereka hadapi dan rasai kerana masih lagi belum mendapat hasil daripada permintaan mereka untuk dapat hak milik tanah.

"Sebagai wakil rakyat dan ketua Umno bahagian saya akan berjumpa dan memujuk mereka. Tiap-tiap minggu saya balik saya akan jumpalah. Saya akan jumpa senyap-senyap. Kalau jumpa depan surat khabar nanti semua tak jadi.

"Sebagai ketua, ahli parlimen, saya mesti beri perhatian soal itu," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Pengajian Tinggi Negara di Universiti Malaya hari ini.

Khamis lalu Sinar Harian Online melaporkan, sebahagian besar bilik gerakan Umno cawangan di Pasir Gudang ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Dalam laporan berkenaan, Pengerui Tetap Umno bahagian  Abu Bakar Alibi mendakwa lima bilik gerakan ditutup dan empat lagi dijangka mengambil tindakan sama menjelang pilihan raya.

Abu Bakar dalam laporan itu juga menegaskan, Umno cawangan berkenaan tidak akan menjalankan aktiviti untuk menghadapi pilihan raya dan tidak akan bertanggungjawab sekiranya tindakan pengundi menjejaskan BN.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan pula pada Khamis lalu berkata tindakan tegas akan diambil terhadap ahli yang melakukan sabotaj terhadap parti dalam PRU akan datang.

Sementara itu, ketika ditanya pada sidang media sama berhubung sokongan BN di Pasir Gudang berikutan kecenderungan pengundi di kawasan itu hadir ke ceramah anjuran Pakatan Rakyat, Khaled menjawab: "Ceramah itu mungkin satu bentuk hiburan nak dengar orang luar datang."

Jumat, 20 Desember 2013

SANGGUP KUNCI KEPALA UNTUK BERHENTI MEROKOK

Seorang lelaki Turki sanggup mencipta sebuah sangkar kepala dan mengunci kepalanya di dalam sangkar tersebut semata-mata kerana mahu berhenti merokok.

SEORANG lelaki Turki memakai sebuah sangkar kepala yang dicipta khas untuk berhenti merokok.
Lelaki itu, Ibrahim, 42, yang berasal dari Kutayha, wilayah barat Turki mencipta sebuah sangkar berbentuk topi keledar.

Kuncinya pula diberikan kepada isteri dan anak lelakinya. Tindakan itu dibuat supaya dia tidak boleh membuka sangkar kepala tersebut untuk merokok ketika berada di luar rumah.

LIHAT VIDEO :

Ibrahim berkata, dia cuba mengubah tabiat merokok sehingga dua kotak sehari sejak 26 tahun lalu. Ibrahim menghasilkan sangkar tersebut sejak dua tahun lalu. Sejak memakainya, dia sudah tidak merokok lagi. - Agensi

Fokus PRU13 Parlimen Arau dalam genggaman PAS



Friday, 29 March 2013

ARAU: Parlimen Arau (P003) antara yang paling awal memutuskan calon-calon yang akan bertanding pada PRU13 nanti.

Pembahagian kerusi PAS ini sedikit sebanyak membuatkan Umno BN di negeri itu tidak senang duduk malah dimaklumkan mereka masih lagi bertelagah sesama sendiri untuk menentukan calon yang akan bertanding ekoran masalah dalaman Umno yang semakin kritikal.

Parlimen Arau mempunyai lima Dun iaitu N11 Pauh, N12 Tambung Tulang, N13 Guar Sanji, N14 Simpang Empat dan N15 Sanglang.

Pada PRU12, calon PAS, Datuk Dr Haron Din yang memperolehi 16,451 undi tewas kepada calon BN dengan majoriti hanya 300 undi.

Jumlah pengundi P003 pada PRU13 adalah 43,061 orang di mana pengundi kaum Melayu seramai 37,044, Cina (3,437), India (686), dan Siam (1,078).

Bagi mengetahui sejauh mana persiapan jentera PAS di Parlimen Arau, ikuti temubual wartawan Harakahdaily bersama Pengarah Pilihan Raya PAS Kawasan, Khairuddin Che Mat (gambar) yang ditemui di Pejabat MTD Simpang Empat,  baru-baru ini.

Sehingga hari ini, bagaimana persiapan jentera pilihan raya di peringkat kawasan Arau? Berapa peratus persiapan yang telah bergerak?

Pertukaran pengarah pilihan r
aya kerap berlaku, dan saya adalah pengarah yang keempat untuk tempoh ini.  Kali ini banyak kita gabungkan tenaga muda dengan tenaga veteran, seingga kini sudah 95 peratus persiapan yang dilakukan. Sekarang ini masuk ke peringkat memperkemaskan portfolio calon di mana akan digerakkan oleh kawasan masing-masing. Misalnya pihak pengurusan calon akan memberi taklimat kepada wakil calon, kemudian wakil calon akan bagi taklimat kepada pencadang dan penyokong . Seterusnya jawatankuasa logistik akan memanggil portfolio logistik di peringkat Dun. Bermakna di peringkat portfolio sudah bergerak bagi kawasan masing-masing. Macam media baru pun kita sudah gerakkan dan mereka berjalan dengan kumpulan merekalah, yang baru kita tubuhkan. Sekarang persiapan yang terkini kita sedang mempersiapkan video di mana video menjelaskan manifesto Pakatan Rakyat Perlis, video rayuan kepada pengundi-pengundi oleh calon-calon mereka antaranya rayuan untuk balik mengundi.  Kita juga akan memulakan ceramah berkelompok oleh calon-calon yang bertanding untuk menerangkan manifesto 7 agenda awal Pakatan Rakyat Negeri Perlis. Untuk di Arau calonnya Datuk Haron Din akan memanfaatkan perubatan Islam Darul Syifa untuk berkempen pada PRU nanti.

Mengapa PAS Arau lebih teruja menggunakan media baru untuk berkempen adakah ini merupakan medium utama untuk menarik pengundi-pengundi muda?

Ya. Ini adalah antara sebab utamanya. Saya ingat penggunaan media baru ini akan mendapat sambutan khususnya kepada pengundi-pengundi muda. Misalnya kita sudah wujudkan laman Facebook Arau La Ni, baru seminggu kita tubuhkan. Nampaknya mendapat maklum balas yang baik oleh para pengundi muda.  Dan daripada sini kita akan kembangkan lagi misalnya kita cuba hidupkan suasana berkempen misalnya kita ketengahkan calon-calon untuk bercakap sendiri dengan para pengundi mereka. Malah video Arau yang kita muat naik telah disukai lebih 6,000 pengguna Facebook dan Youtube.

Dalam saat-saat genting ini, apakah isu-isu yang sering dimainkan oleh Umno BN dalam menyerang Pakatan Rakyat di Perlis khususnya di Arau?

Di sini isu yang sering dicanangkan oleh Umno BN adalah isu DAP (pemerintah). Apabila mereka masuk kampung akan bawa isu inilah. Umno BN akan mencanangkan apabila DAP menang dalam PRU ini mereka akan bergabung dengan MCA, dan Cina yang akan memerintah negara ini. Baru-baru ini saya ada jumpa Umno Padang Besar,  dan bertanya dengannya apa isu untuk Umno menghentam PAS mereka kata "kalau boleh biar PAS sebut Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri" Umno minta sebab mereka hendak buat isu untuk melagakan PAS dengan Anwar Ibrahim. Malangnya PAS tidak pernah menyebut perkara ini.  Jadi Umno mahu isu ini dijadikan umpan untuk mereka melaga-lagakan PKR dengan PAS.

Selain itu, isu yang lama masih lagi didendangkan Umno BN untuk meraih undi rakyat Perlis khususnya adalah isu fitnah Anwar iaitu liwat, di mana pendedahan bapa Saiful didakwa dibayar oleh Anwar, inilah yang sering dibawa dalam ceramah-ceramah Umno BN. Selian itu isu kalimah Allah dan pemberian BR1M, di mana Umno BN memutarbelitkan apa yang diungkapkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu dengan mengatakan Nik Abdul Aziz menghina penerima BR1M. Di sini kami menerangkan semula kepada pengundi-pengundi apa maksud sebenar yang hendak disampai oleh Mursyidul Am PAS.

Daripada isu-isu yang cuba dimainkan oleh Umno BN ini, sejauh mana ianya boleh mempengaruhi pengundi-pengundi di sini?


Isu BR1M memang terjejas bagi Melayu Perlis. Isu jawapan kepada Nik Abdul Aziz ini sukar untuk mereka fahamkan. Inilah yang dijadikan modal untuk Umno hentam PAS di pentas ceramah mereka, dan keadaan ini cukup mempengaruhi pengundi Melayu. Di sinilah peranan jentera PAS untuk menangkis tohmahan yang dilemparkan oleh Umno BN. Melayu Perlis ini susah untuk terima sebab termakan budi banyak sangat. Kaum Cina...Insya Allah. Kaum Cina kita berani kata 50 peratus menyokong Pakatan
Rakyat.

Bergantung harap kepada undi Cina sahaja tidak mencukupi? Bagaimana PAS dan Pakatan Rakyat mahu memastikan kemenangan berpihak kepada PAS dalam PRU ini?

Pengundi muda insya Allah akan memihak kepada Pakatan Rakyat. Berdasarkan culaan kita 70 peratus pengundi muda memihak kepada kita manakala 100 peratus pengundi luar yang pastinya balik mengundi turut berpihak kepada PAS. Saya yakin. Sebab itulah kita dalam usaha untuk memastikan pengundi luar balik mengundi dalam PRU nanti. Sebelum ini, calon Parlimen Arau P003 Datuk Haron Din pernah menyebut pada PRU 2004 dia kalah dengan majoriti 3,000 lebih, PRU 2008 dia kalah majoriti 300 lebih, dan PRU13 dia akan menang. Bila dia cakap begitu kita kenalah bekerja kuat bagi memastikan kemenangan ini.

Isu pergaduhan dalaman Umno BN membabitkan bekas menteri besar masih berlarutan, sejauh mana isu ini boleh memberi kredit kepada PAS dan Pakatan Rakyat?

Isu pergaduhan YB Tambung Tulang dengan YB Guar Sanji sehingga ada yang sanggup memberi upah ratusan ringgit untuk melakukan kekerasan, memandangkan YB Guar Sanji dikatakan memihak kepada Menteri Besar Perlis sedangkan kedudukan beliau hari ini hasil pelobian YB Tambun Tulang. Malah perkara itu dimaklumkan oleh YB Tambung Tulang ketika di dalam satu mesyuarat, semua orang tahu isu ini. Jadi inilah permusuhan diantara Umno BN sendiri sehingga menjejaskan proses untuk memilih calon di kalangan mereka bagi PRU nanti. Dan saya lihat PAS dan Pakatan Rakyat perlu mengambil peluang atas masalah dalaman Umno BN ini menjelang PRU ke-13 nanti. Sikap samseng di kalangan Umno BN tidak pernah berubah, misalnya apa yang berlaku belon panas yang dilancarkan PAS dua minggu lalu dikianati, mereka yang tidak bertanggungjawab memotong tali belon tersebut. Kita telah membuat laporan polis. (harakahdaily)
◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2011 Sole Spatu