Tampilkan postingan dengan label pekerja. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pekerja. Tampilkan semua postingan

Rabu, 29 Januari 2014

Kemelut Kesatuan Pekerja TNB Suruhanjaya Tenaga!


KUALA LUMPUR – Cadangan untuk memisahkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) kepada lima entiti berlainan bagi meningkatkan kecekapan operasi firma utiliti nasional itu berhadapan tentangan kuat daripada kesatuan pekerja TNB.

Ia apabila sebanyak empat kesatuan pekerja yang mewakili lebih 30,500 pekerja TNB dalam satu kenyataan bersama hari ini menyelar cadangan tersebut dan berazam mempertahankan TNB sebagai sebuah entiti tunggal.

Kesatuan terbabit adalah Persatuan Eksekutif TNB (PETNB), Kesatuan Percantuman Pekerja-pekerja TNB (KPPPTNB), Tenaga Nasional Junior Officers Union (TNBJOU) dan Persatuan Unit Keselamatan TNB (Perunika).

“Kami yang mewakili lebih 30,500 pekerja TNB berasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Suruhanjaya Tenaga untuk memisahkan TNB kepada lima entiti. Semua pihak yang berhasrat demikian perlu menghormati pekerja TNB dan tidak sewenang-wenangnya membuat kenyataan seperti itu.

“Perkembangan ini meresahkan pekerja TNB. TNB akan kekal sebagai satu entiti bersepadu dalam industri perbekalan elektrik negara,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, PETNB, KPPPTNB, TNBJOU dan Perunika telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Tenaga hari ini untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.

Justeru, keempat-empat kesatuan terbabit memberi amaran kepada semua pihak yang berhasrat memisahkan TNB kepada lima entiti supaya tidak membangkitkan lagi cadangan berkenaan,

“Kami bersedia mempertahankan TNB daripada dipisahkan dengan apa cara sekalipun,” tegas kenyataan itu hari ini.

Kenyataan bersama itu ditandatangani oleh Yang Dipertua PETNB, Abdul Shukor Hassan; Presiden KPPPTNB, Abu Hussin Nekmat; Presiden TNBJOU, Mohd. Roszeli Majid dan dan Yang Dipertua Perunika, Nekmat Md. Seh.

Media pada 8 November lalu melaporkan Suruhanjaya Tenaga mengemukakan cadangan supaya TNB dipisahkan kepada lima entiti berlainan di bawah inisiatif Kawal Selia Menurut Insentif (IBR) bagi meningkatkan kecekapan operasi firma utiliti nasional itu.

Bagi merealisasikan cadangan itu, Suruhanjaya Tenaga yang menyelia inisiatif IBR dikatakan dalam proses rundingan dengan beberapa pihak berkepentingan, mengenai cadangan pemisahan yang akan menyaksikan TNB beroperasi di bawah lima entiti berasingan untuk memudahkan akaun setiap unit perniagaan berkenaan dipantau.

IBR adalah rangka kerja penetapan tarif elektrik baru Suruhanjaya Tenaga yang menyasar meningkatkan tadbir urus kawal selia industri tenaga domestik, di samping memberikan insentif kepada TNB untuk meningkatkan kecekapan operasinya.

Ujian selama setahun inisiatif IBR sepatutnya bermula pada September lalu, namun pelaksanaannya ditangguhkan kerana kerajaan perlu memberi keutamaan terlebih dulu kepada pengurangan subsidi bahan bakar.

Suruhanjaya Tenaga dikatakan sudah mengemukakan cadangan yang menggunakan model pasaran terurus untuk mengasingkan TNB kepada lima entiti perniagaan manakala pengeluar tenaga bebas (IPP) pula akan membentuk entiti keenam.

Suruhanjaya Tenaga mengemukakan cadangan supaya Tenaga Nasional Bhd (TNB) dipisahkan kepada lima entiti berlainan di bawah inisiatif Kawal Selia Menurut Insentif (IBR) bagi meningkatkan kecekapan operasi firma utiliti nasional itu.

Selasa, 31 Desember 2013

Pekerja Cat Sekali Bangkai Atas Jalan



Sambil mengecat semula garisan lalulintas, krew jalan raya di Pennsylvania secara tidak sengaja meletakkan lapisan baru cat kuning ke atas halangan yang tidak diduga.
Seekor rakon mati, dilihat oleh para pemandu awal minggu ini, telah dilenyek bawah pistol cat kenderaan krew berkenaan.
Seorang penunggang motosikal, Sean McAfee, dalam perjalanan pulang dari kerja dan mengambil gambar haiwan leper yang ditutup dengan cat kuning.
“Apabila saya melihatnya, saya hampir merosakkan motosikal saya kerana saya ketawa berdekah-dekah,” McAfee memberitahu Tribune-Demokrat.
Seorang jurucakap untuk Jabatan Pengangkutan Pennsylvania berkata kemalangan itu tidak dapat dielakkan.
“Mereka cuba untuk menghentikan pistol cat,” jurutera lalu lintas John Ambrosini memberitahu Tribune-Demokrat. “Tetapi dengan jumlah kesesakan, geometri jalan dan saiz peralatan, mereka tidak dapat berpatah kembali untuk membetulkan kesilapan.”
Ambrosini berkata krew cat berusaha untuk mengelakkan haiwan itu dan biasanya kenderaan mandur bergerak di depan atau belakang kenderaan untuk memindahkan apa-apa halangan. Namun krew berkenaan tidak mempunyai mandur pagi itu.
“Kami keluar keesokan harinya untuk membersihkannya,” kata Ambrosini.
Ambrosini berkata, beliau tidak pasti apabila krew akan buat semula kerja mengecat.
Beliau berkata bahawa “mengecat garisan kuning di atas garisan yang wujud tidak mudah dilakukan,”sambil menambah bahawa masalah itu berlaku “cukup kerap.”
Sumber: NBCNews.com
Older Post ►
 

Copyright 2011 Sole Spatu