Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan

Senin, 11 Agustus 2014

TERKINI POLIS PULAU PINANG TAHAN TIGA LELAKI TERMASUK DUA ANGGOTA KONGSI GELAP

gambar hiasan

Georgetown, 30 Sept - Tiga lelaki, termasuk dua anggota kongsi gelap yang disyaki terlibat dalam tiga kejadian tembak di negeri ini dan di Sabak Bernam, Selangor ditahan dalam dua serbuan di Kuala Kurau, Perak.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata tiga lelaki berusia 36 hingga 60 tahun itu ditahan Jumaat lepas dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang.

Beliau berkata dua lelaki yang bekerja sebagai penjual kereta ditahan dalam serbuan pada pukul 1.30 pagi dan susulan itu polis menyerbu sebuah lagi rumah dan menahan seorang lelaki berusia 60 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan dua lelaki terbabit.

Dalam serbuan pertama, polis turut merampas dua pucuk pistol bersama 675 butir peluru, katanya.

Abdul Rahim berkata siasatan awal mendapati mereka yang ditahan itu mempunyai kaitan dengan dua kejadian tembak pemilik sebuah restoran Simpang Ampat dekat sini awal bulan ini.

"Kami percaya mereka mempunyai kaitan dengan kejadian tembak itu yang mencederakan enam pelanggan lelaki yang sedang minum di sebuah restoran di Taman Kasawari, 24 Ogos lepas dan seminggu kemudian pemilik restoran tempat kejadian itu juga ditembak," katanya.

Beliau berkata selain itu, tiga lelaki berkenaan disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian tembak di Sabak Bernam, Selangor.

"Susulan penahan tiga lelaki itu, kami percaya dapat menyelesaikan dua kes di negeri ini dan satu di Sabak Bernam. Mereka kini direman bagi membantu siastan," katanya.

Sementara itu Abdul Rahim berkata setakat ini polis Pulau Pinang telah menyelesaikan 12 kes tembak di negeri ini dan percaya dapat selesaikan sembilan lagi kes membabitkan kejadian tembak.

Dalam perkembangan lain, katanya polis Pulau Pinang menahan 491 individu dalam Ops Cantas Khas yang dijalankan sejak 17 Ogos lepas hingga semalam di seluruh negeri ini dan 80 orang daripada yang ditahan itu merupakan anggota kongsi gelap.

"Kami merampas enam pucuk pistol, 14 bilah parang, 16 batang rotan dan pelbagai jenis senjata lain. Polis turut merampas pelbagai barangan termasuk kereta," katanya. - BERNAMA

Senin, 30 Desember 2013

Lelaki tembak anak kerana mencuri

New York - Seorang lelaki di Amerika Syarikat nekat menembak anak laki-lakinya kerana didapati mengutil di salah sebuah kedai runcit (keperluan) dan peralatan rumah tangga setempat. Remaja berusia 17 tahun ini pun mengalami cedera tembak di bahagian perut.

Seperti dilansir news.com.au, Selasa (27/8/2013), remaja itu, Quasaun Smalls ini didapati mengutil sebuah gerudi dari Home Depot di Long Island City. Sang ayah, Robert Smalls ingin agar anaknya menginap semalam di dalam penjara agar dia mendapat pengajaran.

Betapa marahnya si ayah ketika mengetahui bahawa Quasaun dilepaskan oleh polis  dan hanya menerima desk apperance ticket, semacam surat peringatan tertulis untuk datang ke mahkamah setempat. Ketika sang anak kembali ke rumah keesokan harinya, pertengkaran terjadi.  

Sama-sama keras kepala, pertengkaran itu pun berakhir aksi kekerasan. Sang ayah yang merupakan penjaga penjara ini mengeluarkan pistol 9mm miliknya.

Terbawa emosi, dia menembak anaknya di bahagian perut. Insiden ini terjadi di kediaman mereka yang ada di kawasan Queens, New York City, AS. Para tetangga mengaku mendengar suara teriakan yang diikuti dengan bunyi tembakan.

Akibat insiden ini, Quasaun mengalami cedera tembak dan terpaksa dikejarkan ke rumah sakit setempat. Untungnya, remaja ini kini dalam keadaan stabil dan diperkirakan akan segera pulih.

Sedangkan si ayah langsung menghubungi polis  sesaat setelah dia menembak anaknya. Lelaki berusia 39 tahun ini pun ditahan dan akan segera diadili. Dia dituduh di bawah dakwaan penyerangan dan kepemilikan senjata api.

Minggu, 22 Desember 2013

Gila!!! – Pengantin Lelaki Ditembak Mati Di Tengah Majlis Kahwinnya

groom-shot-210113-01-450


Kejadian ini dilaporkan berlaku di Daerah Darbhanga, Bihar, India pada Jumaat lalu.
Pengantin itu, Prabir De dipercayai ditembak mati oleh bekas kekasih isterinya yang bernama Rajib.
Tembakan itu dilepaskan ketika majlis menyuap manisan antara pasangan suami isteri berkenaan sedang berlangsung.
Prabir De telah dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia dalam perjalanan.
Groom_shot_dead2462
Rajib berjaya ditangkap dan dibelasah teruk para tetamu yang hadir. Dia juga dilaporkan meninggal dunia tidak beberapa lama selepas itu.
Polis India turut memulakan siasatan ke atas lima penduduk kampung di mana kejadian itu dilaporkan berlaku.
**Malang…dua lelaki mati kerana satu wanita.
Older Post ►
 

Copyright 2011 Sole Spatu