Tampilkan postingan dengan label isteri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label isteri. Tampilkan semua postingan

Selasa, 18 Februari 2014

Rayu Isteri Baru 3 Bulan Dikahwini Kembali

Rayu Isteri Baru 3 Bulan Dikahwini Kembali

SEORANG bekas pengikut al-Arqam atau Global Ikhwan, Muhammed Fidauddin Mohd Zaki, 22, merayu agar isterinya yang menjarakkan diri sedangkan mereka baru tiga bulan berkahwin agar segera pulang ke pangkuannya.
Fidauddin yang ditemui di sidang media khas anjuran Srikandi Malaysia bagi mendedahkan cubaan menghidupkan ajaran al-Arqam oleh Hatijah Am atau Ummu Jah semalam, antara lelaki yang menjadi mangsa undang-undang Ummu Jah yang menghendaki isteri berpisah dengan suami yang tidak lagi menyertai perjuangan mereka.
Menurut Fidauddin, perkahwinannya dengan isteri berlangsung di Mesir dan diatur oleh jemaah. Namun setelah menyedari terdapat banyak perkara yang terpesong di sisi Islam, dia mengajak isterinya agar sama-sama insaf namun tidak dipersetujui si isteri.
Isterinya bertindak meninggalkan kediaman keluarga Fidauddin di Kepala Batas, Pulau Pinang selepas mereka pulang ke Malaysia baru-baru ini dengan alasan, mahu bertemu ibu di Kuala Lumpur. Sejak itu, Fidauddin tidak lagi mampu menjejaki di mana lokasi sebenar isterinya berada.
“Saya masih sayangkan dia dan menaruh harapan agar dia kembali taat sebagai isteri,” ujar Fidauddin.  Mynweshub

Minggu, 16 Februari 2014

Suami relakan isteri lakukan seks dengan laki lain demi dapatkan keturunan



Demi mendapatkan keturunan, Pujo Relakan Isteri Sebilik dengan Lelaki Lain Selama 2 Bulan.

TUBAN - Demi memiliki keturunan, Pujo Sumarto (49), warga Desa Prunggahan Wetan, Kecamatan Semanding, Tuban, Jawa Timur, rela melakukan apa sahaja. Termasuk, merelakan isterinya, Rustami (45), berduaan dalam bilik bersama Mat Tohari, seorang lelaki asal Gresik yang mengaku kiai dan boleh membantu memberikan anak.

Di dalam bilik itu, Gus Mat, panggilan Mat Tohari, mengaku sedang melakukan ritual sembahyang malam khusus bersama Rustami selama 45 minit dalam keadaan gelap, supaya keinginan itu dikarunikan seorang anak dapat terwujud. Namun, selama dua bulan ritual aneh tersebut dilakukan, Rustami tak juga hamil.

Kegiatan ini mula di ketahui penduduk sekitar hingga membuat kemarahan penduduk yang ingin supaya kiai dengan ritual aneh tersebut diusir dari kampung mereka. "Jelas ritual seperti itu tidak masuk akal dan menyalahi ketentuan agama Islam. Kenapa mesti di dalam bilik berduaan dengan isteri orang lain pada tengah malam," kata Rosyid, salah seorang penduduk kampung itu.

Kerana itu,jugalah penduduk melaporkan kegiatan ini ke pejabat desa setempat supaya Gus Mat diusir dari Prunggahan Wetan agar tidak lagi merosakkan iman penduduk lainya.

Akhirnya semua pihak sepakat bahawa Gus Mat harus dihalau dari Desa Prunggahan Wetan. "Telah disepekati bahawa Mat Tohari yang selama ini tinggal di rumah Eko harus keluar dari Desa Prunggahan Wetan. 


Sumber : MyTabloid

Jumat, 07 Februari 2014

Suami Isteri Meregang Nyawa Kerana Mempertahankan Kejahatan Anak


Sriwijaya Post - Sabtu, 23 Jun  2012
SRIPOKU.COM, BANYUASIN-Jupriyanto Bin Simin (30), warga Jl cahaya Berlian Kelurahan Pangkalan Balai, Kecamatan Banyuasin 3 Banyuasin, Sabtu (23/6/2012) siang meninggal  bersimbah darah.

Mangsa  yang mengalami luka tusuk di bahagian tengah perut ulu hati meninggal, sesaat setelah menjalani perawatan, di RSUD Seterio Banyuasin.

Sedangkan isterinya, Anita (28) dalam keadaan kritikal  dengan mengalami luka tusuk di bahagian tengah perut kiri kini dirujuk ke RSMH Palembang.

Suami isteri ini, menjadi mangsa penusukan oleh Dian Kurninata alias Abeng ( 21) yang merupakan tetangganya sendiri.

Informasi yang dihimpun, perkelahian berdarah ini, bermula dari perbuatan tersangka Dian Kurninata alias Abeng (21), warga Bom Berlian kelurahan Pangkalan Balai yang bekerja sebagai buruh, datang ke rumah mangsa sekitar pukul 10.00,  untuk meminta pertanggung jawaban Nopri, anak mangsa yang dipercayai mencabuli anak tersangka, Puteri Zahara.

Tuduhan tersangka itu, membuat mangsa marah dan berakhir dengan pertengkaran hebat hingga kemudian menjadi medan perkelahian.

Tersangka yang membawa pisau langsung menusuk korban di bahagian  tengah perut. Sehingga mangsa terkapar, pada masa yang sama isteri mangsa, Anita yang datang hendak membantu suaminya, juga mendapat habuan yang sama. Anita terkapar setelah ditusuk tersangka bahagian tengah perut kiri.

Kapolres Banyuasin AKBP Agus Setiyawan membenarkan kejadian tersebut.

Penulis : Saifudin Zuhri
Editor : Hendra Kusuma
Older Post ►
 

Copyright 2011 Sole Spatu