Tampilkan postingan dengan label anwar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label anwar. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 15 Maret 2014

Jet Peribadi Anwar Kata Ia ‘Tajaan’ Nurul Izzah Kata ‘Bukan Duit Rakyat’ Tian Chua Kata ‘Lebih Jimat’

Jet Peribadi: Anwar Kata Ia Tajaan, Nurul Izzah Kata Bukan Duit Rakyat, Tian Chua Kata Lebih Jimat


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan jet peribadi yang dinaikinya bersama pimpinan pembangkang pertengahan bulan ini adalah ehsan ‘tajaan’ daripada seorang kenalan.
Tanpa mendedahkan identiti pemilik jet berkenaan, Anwar malah mengharapkan ‘tajaan’ seumpama itu terutamanya menjelang pilihan raya umum akan datang.
“Saya tak ada masalah (naik jet peribadi). Kalau ada ruang, saya nak pinjam lagi terutama dekat pilihan raya…saya nak pinjam,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen di sini, Isnin.
Mengulas lanjut mengenai peminjam jet peribadi itu, Anwar berkata beliau dihubungi individu berkenaan bagi mendapatkan persetujuan untuk menaja pakej perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak.
“Rekod siapa punya jet itu ada pada DCA (Jabatan Penerbangan Awam). Jet itu berpangkalan di Kuala Lumpur.
“Saya dihubungi seseorang untuk diberikan kebenaran. Dia kata kalau ditanya (identiti pemilik jet) kata kawan tolong uruskan.Setakat itu sahaja yang saya boleh jawab. Macam kalau kereta saya rosak, saya minta tolong (pinjam) kereta kawan,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan kontroversi gambar Anwar bersama pemimpin pembangkang menaiki sebuah jet peribadi dari Terminal SkyPark Subang untuk ke Labuan, Sabah pada 15 September laluyang menjadi topik hangat di internet.
Menurut pendedahan blog yang memetik kenyataan akaun Twitter Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua beberapa hari lalu, jet peribadi itu dinaiki Anwar bersama-sama para pemimpin pembangkang lain ke Labuan dan Kota Kinabalu, dipercayai bagi menyambut perayaan Hari Malaysia.
Mengulas lanjut mengenai penyebaran gambar tersebut, Anwar berkata ia sengaja disebarkan bagi mengelakkan sebarang spekulasi negatif.
“Mengapa kita izinkan Tian ambil gambar? Ia sebab saya tak mahu perkara ini dirahsiakan. Sebab itu sengaja kita sebarkan di facebook,” katanya.
Dalam pada itu Anwar turut menafikan sebarang dakwaan yang mengaitkan wujudkan unsur rasuah disebalik penajaan jet peribadi tersebut.
“Saya semak jika wujud unsur berkepentingan di Selangor, tapi tak ada. Saya bimbang juga kalau dia nak tanah atau kontrak di Selangor…tapi tak ada,” katanya.
SEMENTARA itu dalam entri di blog novandri.blogspot.com mendakwa pemimpin pembangkang itu menuduh kerajaan Barisan Nasional membazir kerana sering menggambarkan diri mereka pandai berjimat cermat dan mengembara dengan menaiki syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.
“Ramai penyokong telah tertarik, malangnya ini semua hanya satu lakonan.
“Cerita terbaru mengenai Anwar menaiki jet peribadi bersama-sama pemimpin PR sudah pasti akan meninggalkan kesan serta persepsi negatif daripada rakyat,” kata blogger tersebut.
Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, adalah satu ironis apabila pembangkang sering menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan kerajaan suka membazir, sedangkan mereka menaiki jet peribadi untuk pergi berkempen.
“Walaupun perkhidmatan tersebut dibayar oleh pihak tertentu, rakyat tetap ada hak untuk mengetahui sama ada ia dibiayai oleh pihak antarabangsa atau orang tempatan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang berkata: “Sekalipun ia hanya dipinjamkan, mereka harus sedar tiada makanan tengah hari percuma di dunia hari ini.”
Menjawab reaksi terhadap kritikan yang dilemparkan kepadanya, Anwar pada Sabtu menulis di laman Twitternya,: “Apa isunya? Seorang kawan telah merancang untuk memberi pinjam jet peribadinya.”
Sambil mempertahankan tindakan bapanya, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut menghantar tweet: “Apa isunya dengan perjalanan menaiki jet peribadi yang dipinjamkan oleh seorang rakan? Ia bukan kepunyaan kami, bukan dengan duit rakyat.”
Tian Chua berkata, mereka telah pergi ke beberapa tempat di Sabah dan Sarawak pada hujung minggu ketika cuti hari Malaysia.
Beliau menambah adalah lebih murah dan menjimatkan masa menyewa jet peribadi berbanding pesawat komersial. (Mstar.com.my)

Selasa, 17 Desember 2013

Kit Siang Anwar PM jika kuasai Putrajaya

sinarharian
17 November 2012
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim ketika sedang berucap pada Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. - Foto Sinar Harian oleh Muhammad Zulfadhli Ahmad Zaki 
 
[DIKEMAS KINI] KOTA BHARU - Pakatan Rakyat hari ini sepakat mengumumkan untuk melantik Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya perikatan itu berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Perkara itu diisytiharkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di sini malam tadi.
Muktamar Tahunan Pas Kali ke-58 sedang berlangsung di sini.
"Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh bukan keenam," katanya secara terbuka.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Anwar juga berucap pada himpunan malam tadi.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) prokerajaan juga hadir.
Kit Siang berkata, pendirian itu dibuat untuk menyelamatkan negara daripada amalan rasuah yang semakin berleluasa.
Himpunan malam tadi di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV menghimpunkan kira-kira 40,000 penyokong.

Awal Januari lalu, PR pernah mengulangi pendirian bahawa Anwar akan dilantik Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi PRU13 kerana beliau dianggap "paling bersih".
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tiada pemimpin PKR, DAP dan Pas yang lebih layak daripada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri yang ketujuh sekiranya pakatan mereka menang pilihan raya akan datang.
"Ini bukan soal kita bela Anwar saja tetapi kita bela kerana beliau saja (pemimpin di negara ini) yang paling bersih untuk menjadi Perdana Menteri," kata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dalam ucapannya, Kit Siang juga bersetuju dengan kenyataan Hadi bahawa PR sudah bersedia memimpin negara dan pakatan pembangkang mempunyai harapan untuk merealisasikan cita-cita tersebut.
Kit Siang turut menegaskan, DAP tidak akan sekali-kali mengkhianati dasar Buku Jingga seperti disepakati bersama Pas dan PKR.
"Betulkah hak orang Melayu akan hilang, bukan hak orang Melayu akan hilang, hak orang Umno akan hilang.
"Kedudukan Raja Melayu akan terhakis... adakah itu benar? Agama Islam diketepikan, bahawa wujudnya Melayu Kristian, akan menjadi pengemis di negeri sendiri... siapa cakap begitu?" katanya.
Selain itu, Kit Siang turut menafikan dakwaan bahawa Pas akan menghianati dasar Buku Jingga di kawasan Cina, sebaliknya akan menyatukan semua kaum.

Menurutnya, mesej utama yang ingin disampaikan ketika ini ialah rakyat dan pakatan pembangkang bersiap sedia bersatu untuk membawa perubahan.
Sementara itu, Abdul Hadi berkata, PR akan membuktikan bahawa mereka mampu menjadi kerajaan yang bersih dan tindakan tegas kepada mana-mana pemimpin daripada parti itu yang menyeleweng akan dikenakan tanpa mengira sama ada mereka daripada Pas, PKR ataupun DAP.

"Umno tidak boleh menunjukkan negara Islam sebenar, kita berjaya mewujudkan negara yang bersih.
"Jika ada pemimpin kita yang tasuah, tolong ambil tindakan, kita tak mahu ada yang rasuah... kita juga berjaya buktikan kerajaan bersih, boleh mentadbir urus, duit negara tak membazir, boros dan tidak rasuah," katanya.

Dalam pada itu, Harakahdaily melaporkan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Datuk Mohd Nahwari Hashim menyerahkan borang keahliannya kepada Abdul Hadi malam tadi.
Mohd Nahrawi juga  pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Selain itu beliau juga pernah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri di bahagian perkhidmatan awam.
"Saya dah lama nak menyertai Pas, dan hari ini secara rasmi saya menyertainya. Saya minat agama, dan tak boleh lari dah. Orang minat kepada agama mesti memilih Pas," katanya.
Older Post ►
 

Copyright 2011 Sole Spatu