Tampilkan postingan dengan label akan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label akan. Tampilkan semua postingan

Selasa, 04 Maret 2014

Manila akan minta maaf kepada Sultan Sulu terlepas pandang surat

Photo: Manila akan minta maaf kepada Sultan Sulu terlepas pandang surat.  KUALA LUMPUR,  — Setiausaha Luar Filipina Albert del Rosario akan meminta maaf secara rasmi kepada Sultan Sulu kerana gagal bertindak selepas pengikutnya cuba mendapatkan penglibatan kerajaan sejak 2010 dalam menuntut Sabah.  Laporan The Philippine Daily Inquirer menyatakan Del Rosario yang baru pulang tengahari ini daripada Malaysia bercadang menulis surat meminta maaf kepada Agbimuddin Kiram yang mengakui dirinya putera raja Sulu, susulan surat yang dihantar kepada pentadbiran Aquino pada 2010 bagi mencari jalan menyelesaikan hal tersebut. Agbimuddin merupakan adik kepada Sultan Sulu Jamalul Kiram III yang ketika ini sedang mengetuai sekumpulan 200 penceroboh Filipina di Lahad Datu, Sabah bagi menuntut hak mereka ke atas sebahagian tanah di Borneo tersebut sejak mendarat di situ 9 Februari lalu. “Saya berhasrat menulis surat meminta maaf,” kata Del Rosario yang dipetik dalam satu pesanan ringkas kepada Inquirer. Dalam satu kenyataan yang dimuatnaik ke laman rasmi hari ini, Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) mengakui surat yang dihantar daripada Agbimuddin, dipercayai telah dihantar kepada Aquino dua hari selepas mengambil alih pentadbiran pada 2010 telah dijumpai dalam simpanan mereka. “... surat itu telah ditemui oleh DFA. Setiausaha bertanggungjawab sepenuhnya kerana terlepas pandang,” kata beliau dalam satu kenyataan.  Aquino sebelum ini berkata surat tersebut mungkin “hilang dalam kekalutan birokratik”, sementara jurucakapnya Edwin Lacierda berkata baru-baru ini MalacaƱang mendakwa tidak pernah menerima sebarang permintaan daripada Agbimuddin. Menurut laporan sebelum ini, surat pertama tersebut adalah tentang ucapan tahniah kepada Aquino yang dilantik sebagai presiden baru, serta pada masa sama menggesa campur tangan kerajaan dalam tuntutan Kesultanan di Sabah dan juga memainkan peranan dalam rundingan damai dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). Malaysia ketika itu menjadi orang tengah dalam rundingan damai. Dalam surat tersebut juga, Agbimuddin memberitahu Aquino tentang penubuhan Majlis Tertinggi Ketetapan Diraja (ISRRC) dibawah Kesultanan, ekoran beberapa siri perundingan di Siminil, Indanan dan Kawit, di Filipina, lapor akhbar tersebut. Agbimuddin yang merupakan pengerusi ISRRC juga menyatakan kekecewaan dikalangan pengikutnya yang tidak diendahkan selama lima dekad terhadap tuntutan di Sabah, mengakhiri kata-kata dalam suratnya dengan harapan untuk melihat “perubahan layanan dalam isu Sabah” dibawah pentadbiran Aquino. The Inquirer melaporkan abang Agbimuddin, Sultan Jamalul dengan sendirinya telah menulis kepada Aquino pada 2011 dan juga tahun lepas tetapi tidak menerima sebarang maklum balas, kemudiaannya telah mengeluarkan “perintah diraja” membenarkan Agbimuddin untuk pulang ke “rumah asal” di Sabah dengan pengikutnya awal Februari tahun ini. Kumpulan penceroboh bersenjata tersebut telah mendarat di Lahad Datu pada 9 Februari dan menuntut hak mereka keatas sebahagian kepulauan Borneo tersebut. Putrajaya yang pada mulanya cuba berunding secara damai dengan penceroboh bersenjata tersebut memberitahu tidak teragak-agak untuk mengangkat senjata menentang kumpulan tersebut dan mengusir mereka keluar dari Sabah. Sehingga semalam, masuk 22 hari sejak penceroboh tersebut mendarat, seramai 8 polis Malaysia dan 20 militan dilaporkan terkorban dalam insiden yang berlaku di tiga daerah di Sabah. Menurut laporan daripada keluarga penceroboh di bandar Taguig, Filipina berkata kumpulan tersebut tidak merancang untuk meletak senjata dan bersedia untuk berjuang hingga akhir hayat dan percaya perjuangan mereka adalah demi masa depan kaum tersebut.


KUALA LUMPUR, — Setiausaha Luar Filipina Albert del Rosario akan meminta maaf secara rasmi kepada Sultan Sulu kerana gagal bertindak selepas pengikutnya cuba mendapatkan penglibatan kerajaan sejak 2010 dalam menuntut Sabah.
Laporan The Philippine Daily Inquirer menyatakan Del Rosario yang baru pulang tengahari ini daripada Malaysia bercadang menulis surat meminta maaf kepada Agbimuddin Kiram yang mengakui dirinya putera raja Sulu, susulan surat yang dihantar kepada pentadbiran Aquino pada 2010 bagi mencari jalan menyelesaikan hal tersebut.
Agbimuddin merupakan adik kepada Sultan Sulu Jamalul Kiram III yang ketika ini sedang mengetuai sekumpulan 200 penceroboh Filipina di Lahad Datu, Sabah bagi menuntut hak mereka ke atas sebahagian tanah di Borneo tersebut sejak mendarat di situ 9 Februari lalu.
“Saya berhasrat menulis surat meminta maaf,” kata Del Rosario yang dipetik dalam satu pesanan ringkas kepada Inquirer.
Dalam satu kenyataan yang dimuatnaik ke laman rasmi hari ini, Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) mengakui surat yang dihantar daripada Agbimuddin, dipercayai telah dihantar kepada Aquino dua hari selepas mengambil alih pentadbiran pada 2010 telah dijumpai dalam simpanan mereka.
“... surat itu telah ditemui oleh DFA. Setiausaha bertanggungjawab sepenuhnya kerana terlepas pandang,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Aquino sebelum ini berkata surat tersebut mungkin “hilang dalam kekalutan birokratik”, sementara jurucakapnya Edwin Lacierda berkata baru-baru ini MalacaƱang mendakwa tidak pernah menerima sebarang permintaan daripada Agbimuddin.
Menurut laporan sebelum ini, surat pertama tersebut adalah tentang ucapan tahniah kepada Aquino yang dilantik sebagai presiden baru, serta pada masa sama menggesa campur tangan kerajaan dalam tuntutan Kesultanan di Sabah dan juga memainkan peranan dalam rundingan damai dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). Malaysia ketika itu menjadi orang tengah dalam rundingan damai.
Dalam surat tersebut juga, Agbimuddin memberitahu Aquino tentang penubuhan Majlis Tertinggi Ketetapan Diraja (ISRRC) dibawah Kesultanan, ekoran beberapa siri perundingan di Siminil, Indanan dan Kawit, di Filipina, lapor akhbar tersebut.
Agbimuddin yang merupakan pengerusi ISRRC juga menyatakan kekecewaan dikalangan pengikutnya yang tidak diendahkan selama lima dekad terhadap tuntutan di Sabah, mengakhiri kata-kata dalam suratnya dengan harapan untuk melihat “perubahan layanan dalam isu Sabah” dibawah pentadbiran Aquino.
The Inquirer melaporkan abang Agbimuddin, Sultan Jamalul dengan sendirinya telah menulis kepada Aquino pada 2011 dan juga tahun lepas tetapi tidak menerima sebarang maklum balas, kemudiaannya telah mengeluarkan “perintah diraja” membenarkan Agbimuddin untuk pulang ke “rumah asal” di Sabah dengan pengikutnya awal Februari tahun ini.
Kumpulan penceroboh bersenjata tersebut telah mendarat di Lahad Datu pada 9 Februari dan menuntut hak mereka keatas sebahagian kepulauan Borneo tersebut.
Putrajaya yang pada mulanya cuba berunding secara damai dengan penceroboh bersenjata tersebut memberitahu tidak teragak-agak untuk mengangkat senjata menentang kumpulan tersebut dan mengusir mereka keluar dari Sabah.
Sehingga semalam, masuk 22 hari sejak penceroboh tersebut mendarat, seramai 8 polis Malaysia dan 20 militan dilaporkan terkorban dalam insiden yang berlaku di tiga daerah di Sabah.
Menurut laporan daripada keluarga penceroboh di bandar Taguig, Filipina berkata kumpulan tersebut tidak merancang untuk meletak senjata dan bersedia untuk berjuang hingga akhir hayat dan percaya perjuangan mereka adalah demi masa depan kaum tersebut.

Sabtu, 21 Desember 2013

Khaled Nordin akan pujuk geng UMNO yang kecewa

 
  • Malaysiakini Jan 26 2013
 
Ahli Parlimen yang juga Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan mengadakan pertemuan secara "senyap" dengan  pemimpin akar umbi bagi menyelesaikan masalah bilik gerakan yang ditutup dengan alasan kecewa dengan tindakan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

Mohamed Khaled yang juga menteri pengajian tinggi berkata, pertemuan yang akan diadakan pada bila-bila masa itu bagi memujuk ahli Umno yang kecewa dengan Abdul Ghani kerana gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan.

"Saya dah beritahu, saya percaya ini adalah satu kekecewaan yang mereka hadapi dan rasai kerana masih lagi belum mendapat hasil daripada permintaan mereka untuk dapat hak milik tanah.

"Sebagai wakil rakyat dan ketua Umno bahagian saya akan berjumpa dan memujuk mereka. Tiap-tiap minggu saya balik saya akan jumpalah. Saya akan jumpa senyap-senyap. Kalau jumpa depan surat khabar nanti semua tak jadi.

"Sebagai ketua, ahli parlimen, saya mesti beri perhatian soal itu," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Pengajian Tinggi Negara di Universiti Malaya hari ini.

Khamis lalu Sinar Harian Online melaporkan, sebahagian besar bilik gerakan Umno cawangan di Pasir Gudang ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Dalam laporan berkenaan, Pengerui Tetap Umno bahagian  Abu Bakar Alibi mendakwa lima bilik gerakan ditutup dan empat lagi dijangka mengambil tindakan sama menjelang pilihan raya.

Abu Bakar dalam laporan itu juga menegaskan, Umno cawangan berkenaan tidak akan menjalankan aktiviti untuk menghadapi pilihan raya dan tidak akan bertanggungjawab sekiranya tindakan pengundi menjejaskan BN.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan pula pada Khamis lalu berkata tindakan tegas akan diambil terhadap ahli yang melakukan sabotaj terhadap parti dalam PRU akan datang.

Sementara itu, ketika ditanya pada sidang media sama berhubung sokongan BN di Pasir Gudang berikutan kecenderungan pengundi di kawasan itu hadir ke ceramah anjuran Pakatan Rakyat, Khaled menjawab: "Ceramah itu mungkin satu bentuk hiburan nak dengar orang luar datang."
Older Post ►
 

Copyright 2011 Sole Spatu